Friday, November 20, 2009

PROFIL BLOGGER


NAMA:PUAN INTAN MALINIE BINTI SAMSUDIN.
STATUS:BERKAHWIN.
ASAL:BATU PAHAT JOHOR.
PEKERJAAN:GURU.
NAMA SEKOLAH TEMPAT MENGAJAR:SEKOLAH AGAMA SERI MUAFAKAT BATU PAHAT,JOHOR.
JAWATAN DI SEKOLAH:GPK KO-KURIKULUM.

SEJARAH SEKOLAH AGAMA SERI MUAFAKAT.

Sekolah Agama Seri Muafakat telah diasaskan oleh Tuan Hj Said Bin Hj Hassan pada tahun 1945.Pada awal penubuhanya Sekolah Agama Seri Muafakat Kg Pt Hj Abd Salam menumpang di tapak Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Kajang bermula pada tahun 1946 hingga 1995.Pada awal 1986,di atas persetujuan penduduk kampung untuk merealisasikan perjalanan dan pentadbiran sekolah maka ditubuhkan Badan Kebajikan Sekolah agama Sungai Kajang.
Kemunculan tahun 1995 memberi lembaran baru kepada sistembaru pendidikan Agama Kampung Pt Hj Abd Salam apabila ianya berhijarah nke bangunan sendiri bersebelahan Masjid Jamek Kampung Pt Hj Abd Salam hingga sekarang.Dengan keluasan satu ekar persegi, sekolah agama ini dibina oleh Jabtatan Agama Johor berkat keikhlasan Allahyarham Tn Hj Hassan Bin Musa iaitu salah seorang penduduk kampung ini telah mewakafkan tanah hak miliknya sendiri atas tujuan memartabatkan pendidikan agama seiring dengan pendidikan akademik masa kini.
Dengan permuafakatan Ketua Kampung dan Guru Besar pada ketika itu serta sokongan sebulat suara maka termeterailah bangunan tersebut dengan nama "SEKOLAH AGAMA SERI MUAFAKAT" .

WARGA SEKOLAH AGAMA SERI MUAFAKAT.


GURU BESAR SEK.AGAMA SERI MUAFAKAT.
Tuan Hj.Masyhur Bin Hj. Basiran.


Barisan guru,dari kanan Puan Siti Maznah Bt Ahmad(GPK HEM),Puan Tumini Bt Jawadi (Guru Penolong),Puan Intan Malinie Bt Samsudin(GPK Ko-Kurikulum).,Puan KhamsiahBt Mohd Noh(Guru Penolong).
AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG BULAN JULAI,OGOS DAN SEPTEMBER.



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL (JULAI 2009)




Bacaan berzanji dan nasyid murid darjah 5 & 6.




LAWATAN KE KUALA LUMPUR (JULAI 2009)


Lawatan ke masjid negara





Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur.







Lawatan ke Muzium Negara.



Lawatan ke Putrajaya.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN.(OGOS 2009)



Bacaan Al-Quran dan Marhaban.



ROMBONGAN MARHABAN DI BULAN SYAWAL(SEPTEMBER 2009)


Marhaban murid-murid ke rumah warga sekolah.









































































HADIS-HADIS.













Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku. Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut. Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "















" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu.


"Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.











Keruntuhan Nilai Moral





Dewasa ini kita lihat keruntuhan nilai moral dalam masyarakat kita makin menjadi-jadi. Dulu hanya sekadar luka tetapi sekarang sudah menjadi makin serius dan akan terus melarat sekiranya tiada sebarang tindakan segera untuk membendung atau mengubatinya diambil. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila golongan muda atau belia Islam turut menjadi mangsa.Bermacam-macam gejala sosial dan keruntuhan nilai moral yang melanda golongan ini. Diantaranya pergaulan bebas, lepak, pakaian menjolok mata, hubungan seks bebas dan pelbagai masalah lain.Sekiranya kita soroti masalah ini dengan teliti, kita akan dapati ia adalah berpunca daripada kecelarauan hidup yang mementingkan keseronokan tanpa menghiraukan batas-batas serta larangan agama. Sikap suka meniru budaya-budaya barat dengan mengagung-agungkan penyanyi serta pelakon. Setiap gerak-geri dan kelakuan artis tersebut dituruti dengan bangga tanpa ada rasa segan silu. Berpakaian begitu menjolokkan mata sehingga mendedahkan segala lurah yang sepatutnya ditutup rapi daripada pandangan umum. Berpakaian begitu dikatakan sebagai ‘up to date’ dan masyarakat pula tidak mengendahkan semua itu. Padahal telah banyak fatwa-fatwa ulama yang mengharamkan perbuatan itu. Persatuan atau NGO Islam juga telah menyuarakan pelbagai ketidakpuasan hati mereka terhadap fenomena yang berlaku itu. Namun, tiada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab. Malah, pelbagai program yang jelas melanggar hukum terus diadakan atas alasan konsert amal, kutipan derma, program hiburan dan sebagainya. Berpusu-pusu syarikat besar memberikan tajaan untuk menjayakan program tersebut dengan diberikan publisiti yang cukup meluas. Tidak cukup dengan akhbar dan majalah, hebahan tv dan radio juga turut tidak kentinggalan.Apabila berlakunya gejala buruk akibat daripada program dan budaya songsang yang dianjurkan itu, masing-masing akan cuba berlepas tangan dan menunding kearah orang lain tanpa mengakui kesalahan diri sendiri. Ibubapa yang hanya melihat gelagat kelakuan anak-anak tanpa menegur dan memberikan pengajaran kearah kebaikan. Membiarkan mereka terus hanyut dengan fahaman dan anutan itu. Pihak kerajaan pula terus memberikan hak penyiaran sama ada dalam akhbar, majalah, tv dan radio untuk menyiarkan program-program tersebut tanpa pemantauan yang rapi. Membiarkan artis-artis yang menjadi pujaan kegilaan golongan belia remaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum tanpa rasa segan silu. Golongan ini muda sanggup menghabiskan wang untuk menyokong artis pujaan mereka dan sanggup menangis sekiranya artis pujaan mereka kalah atau menerima apa-apa musibah.Dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang patut dan harusnya dipersalahkan diatas masalah yang besar ini timbul? Tidakkah kita rasa bertanggungjawab diatas kejadian tersebut? Adakah kita semua mahu lihat anak-anak muda kita yang kita laungkan sebagai pemimpin masa depan akhlaknya runtuh dan tidak bermoral? Mahukah kita berada dibawah pimpinan pemimpin yang tidak mempunyai akhlak yang terpuji?



Buya Hamka (1908-1981)

Ulama, Politisi dan Sastrawan Besar

Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;


1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.


2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

3. Kurang Didikan Agama
Sebahagian besar dari pelajar yang menghadapi masalah disiplin terdiri daripada pelajar yang mempunyai latarbelakang keluarga yang kurang didikan agama. Ibu bapa mereka sendiri tidak mengamalkan suruhan agama, bercakap dengan anak-anak dengan bahasa yang kasar dan kesat, selalu bertengkar serta tidak mengamalkan tingkahlaku yang sihat adalah menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Anak-anak ini membawa sikap itu ke sekolah dan bercakap serta bertindak ganas dengan rakan sebaya. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah disiplin di sekolah.


4. Pengaruh Budaya Barat
Wujudnya budaya kuning barat seperti rap, rockers, budaya lepak, penyalahgunaan dadah dan sebagainya yang menjadi ikutan pelajar secara membuta tuli tanpa memikirkan akibatnya.

5. Pengaruh Media Massa
Pengaruh media massa seperti radio, televisyen, video, pawagam, majalah, akhbar dan sebagainya, secara tidak langsung memberi ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan memberi kesan negatif.

6. Pengaruh artis
Pengaruh dari artis tempatan mahupun dari luar negara turut memainkan peranan dalam masalah sosial ini. Semua perbuatan dan cara berpakaian cuba diikuti oleh peminat-pinat mereka yang mana rata-rata mereka ini terdiri dari para remaja. Merka terlalu meminati artis tersebut dan meletakkan artis sebagai idola mereka.

7. Faktor Sekolah
Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu bapa, khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di luar sekolah. Pihak sekolah harus menyedari, masyarakat setempat adalah satu aset yang boleh dijadikan rakan kongsi yang berkesan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani semua masalah yang berlaku, khususnya bagi membanteras masalah sosial dan jenayah di kalangan pelajar sekolah.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah terlalu padat dan membebankan pelajar. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan tugasan mereka dan ini akan mengakibatkan pelajar tidak berminat dengan guru atau mata pelajaran tersebut.
Penyampaian guru yang membosankan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Pelajar turut beranggapan bahawa peperiksaan tidak dapat mengukur kebolehan mereka dan mereka ini lebih berminat kepada kemahiran amali.
Dapatan dari kajian yang dibuat oleh Rafiah dalam artikel Mohd. Tajudin (1995) mendapati bahawa salah satu faktor sekolah yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin adalah berpunca dari guru disiplin yang terlalu bersikap tegas dan keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat latar belakang keluarga dan sebab pelajar melakukan perkara tersebut.

8. Faktor Rakan Sebaya
Pelajar menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan ahli kumpulan perlulah mematuhinya. Di sini mula timbul masalah disiplin seperti peras ugut, pergaduhan, hisap rokok dan sebagainya. Biasanya apabila ahli kumpulan mereka dipukul mereka akan membalas balik secara berkumpulan.

9. Faktor Diri Sendiri
Satu lagi faktor yang menyebabkan masalah disiplin menjadi semakin serius adalah kerana sikap pelajar itu sendiri. Mereka lebih suka bersuka ria dari mengulangkaji di rumah. Permainan-permainan seperti video game, computer games dan sebagainya menyebabkan mereka leka dan mengabaikan pelajaran mereka.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.


Cara Mengatasi
MasalahPerbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut

.6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.


Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.





Thursday, November 19, 2009

Ulama-ulama yang berilmu dan berperibadi mulia





Nama:
Muhammad Yusuf bin Ahmad


Gelaran:
Tok Kenali


Lahir:
sekitar 1868 M


Wafat:


Etnik:
Melayu

















Taqiuddin Al Nabhani, pengasas Hizb ut-Tahrir.

Syeikh An-Nabhani dilahirkan di daerah Ijzim pada tahun 1909. Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri iaitu seorang alim yang faqih fid-din. Ayah beliau seorang pengajar ilmu-ilmu syariah di Kementerian Pendidikan Palestin. Ibunya pula menguasai beberapa cabang ilmu syariah, yang diperoleh dari datuknya, Syeikh Yusuf bin Ismail bin Yusuf an-Nabhani. Beliau adalah seorang qadhi (hakim), penyair, sasterawan, dan salah seorang ulama terkemuka dalam Daulah Utsmaniyah.